SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
Graduan TIDAK DIBENARKAN menukar tarikh mengambil jubah. Graduan perlu mematuhi masa dan tarikh yang ditetapkan. Namun jika tidak dapat hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan, graduan boleh menghantar wakil untuk mengambil jubah dengan menyertakan surat wakil yang mengandungi nama dan no kad pengenalan wakil tersebut kepada graduan.
YA, hanya 2 orang tetamu sahaja bagi satu kad jemputan iaitu ibubapa/penjaga/suami/ isteri/keluarga dibenarkan masuk ke dewan semasa majlis konvokesyen .
Graduan dan tetamu yang mengalami gejala kurang sihat dikehendaki membuat ujian kendiri dan memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis konvokesyen.
YA, semua graduan wajib membuat bayaran yuran konvokesyen samada hadir atau tidak hadir sepertimana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar yang diedarkan semasa pendaftaran dan hari orientasi pelajar. Yuran ini adalah termasuk dalam pakej keseluruhan proses pengendalian majlis konvokesyen.
SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
Graduan TIDAK DIBENARKAN membawa sebarang jenis hadiah/cenderamata seperti jambangan bunga, patung beruang dan lain-lain beg atau tas tangan masuk ke dalam dewan semua barangan perlu diserahkan kepada tetamu anda sebelum majlis bermula.
SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
Graduan TIDAK DIBENARKAN bergambar di dalam dewan selepas Majlis Konvokesyen selesai. Graduan dan tetamu dikehendaki terus beredar dari dewan mengikut panduan daripada petugas. Graduan boleh bergambar di luar bangunan PKKSAAS, UPM dan tempat terbuka.
Graduan TIDAK DIBENARKAN memulangkan jubah menggunakan perkhidmatan pos atau kurier bagi mengelakkan berlaku kehilangan atau kerosakan jubah. Walau bagaimanpun graduan boleh meminta wakil untuk memulangkan jubah pada tarikh yang ditetapkan tanpa denda.
Skrol atau sijil konvokesyen serta transkrip boleh diambil sejurus selepas graduan memulangkan pakaian akdemik masing-masing dalam keadaan baik selesai Majlis Konvokesyen dan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam keterangan majlis.